Wednesday, 19 December 2012

Bersama By Me

ku melihatmu dari jauh,
tersenyum manis,
raut wajah yang ku mahu.

dan kau menghampiriku,
dan mengatakan,
yang ku juga pilihanmu.

dan kita mula bercinta dan bermanja,
ceria selalu kau dan aku bersama,
bergurau senda gelak ketawa tangis,
teriak selalu kau dan aku bersama...


Tuesday, 11 December 2012

Allah Bagi Apa Yang Kita Perlukan Bukan Apa Yang Kita Mahukan



Assalamualaikum.....

'FAMILY HOLIDAY'......seriously aku nak sangat percutian dengan keluarga....yang ad dalam percutian tu nnti, ayah aku, mak aku, kak aku, adik aku n aku....percutian tu aku bagi nama 'ALMOST IMPOSSIBLE' hahaha.. aku jeles gak kadang2 tengok family orang len duk hangout sama2 xpun dengar berita member2 ak yg p bercuti dngn family....serious aku JELES ...!! Last aku cuti ngn family aku pown ak dah xingat....dalam darjah 3-5 kowt...skunk nieh I almost 20.... lebih kuqang 10taun dah r kiqa... nie smua sbb PENCERAIAN.... Kadang2 terlintas gak dlm fkiran aku, awt la aku dilahirkan dalam keluarga cmnieh...jawapan yg aku bleyh bg cuma 'Allah dah tentukan'.. tapi kenapa 'AKU'..... knapa bukan oqang len..... bila ak muhasabah blk...istighfar banyk2 akhirnya aku dapat jawapan yg buatkan aku qasa special daqi oqang len.... Allah syg aku...yes.. ALLAH LOVE ME..... why?? sbb dngn cubaan n dugaan tu lah yg akan membuatkan aku sabar dan selalu ingat Allah..... N apabila seseorang hamba itu bersabar dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap dugaan yg dihadapinya, maka ganjarannya adalah pahala....mungkin kalau aku hidup senang, aku xkan ingat Allah..so aku bersyukur dengan keadaan aku skunk nie yang membuatkan aku ingat Allah... mungkin kebahgiaan rumahtngga bukan milik aku untuk kali nie... tapi INSYAALLAH aku akan pastikan kebahgiaan rumahtngga tu hadir dalam keluarga aku nnti..cuma bezanya AKU JADI BAPAK la.........!!! n suami... hahaha .. ISTERI ??? tnggu kad kawen aku nnti kewh.. haha





Monday, 10 December 2012

Maafkan Kanda..!!!

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diriku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersamamu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cintamu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP di hatiku

Mungkin ku tak arif mempamerkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar caraku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersamamu

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku

*kanda minta maaf kewh... :'(



Wednesday, 24 August 2011

Di Sebalik Aidilfitri





Assalamualaikum.......Alhamdulillah...tak lama lagi akan datangnya hari dimana hari umat islam menjalankan amal ziarah-menziarahi.. Sejarah hari tersebut bermula apabila Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah dan mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab di situ. Rasullah S.A.W pun bertanya kepada mereka "sempena apakah dua hari raya tersebut??". Lalu mereka menjawap bahawa perayaan tersebut adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun oleh datuk nenek moyang mereka. Lalu Rasulullah S.A.W menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa islam menggantikan perayaan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari raya dalam islam jelas menunjukkan bahwa ia adalah perayaan keagamaan. So,jika ia disambut berlandaskan agama maka ia boleh dijadikan sebagai ibadat. Aidilfitri disambut sebagai kemengan kepada umat islam yang berjaya mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadhan dengan sempurna. So, yang tak puasa tu tak boleh sambut la ye.... haha..gurau ja... Kemenangan tersebut bukan sahaja kerana kita berjaya menahan nafsu makan dan minum malah ia meliputi dengan kemenangan kita kerana berjaya mengawal nafsu syahwat yang boleh membatalkan puasa. Oleh itu Allah memberikan kita perayaan ini untuk sama-sama kita raikan kemenangan tersebut. "fitri" adalah bermaksud sebagai fitrah. Ini menandakan bahawa kejayaan manusia kembali kepada fitrah yang mana manusia ini dahulunya bersih suci dari dosa. Dalam perayaan ni janganlah kita asyik bergembira sahaja. Sentiasalah mengingati Allah dengan memperbanyakkan solat sunat,bertasbih, bertakbir,berzikir dan bertahmid. Contohilah para-para sahabat dahulu dimana apabila akan berakhirnya Ramadhan mereka akan bersedih. Ini menandakan, mereka mungkin merasakan mereka masih belum cukup berjaya untuk meraikan perayaan ini dan mereka sangat mencintakan bulan Ramadhan kerana hati mereka sentiasa ingin beribadat kepada Allah S.W.T... Marilah sama-sama kita cuba mencotohi para rasul dan sahabat-sahabat kerana redha Allah akan ada disitu selain redha ibu. Semoga Allah memberi hidayah dan rahmat kepada kita..aminnn... Berdoalah agar diberi peluang berjumpa dengan Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun hadapan..Assalamualaikum,....

Monday, 15 August 2011

RAMADHAN, AIDILFITRI, MERDEKA SERENTAK..!!



Assalamualaikum..Sedar tak sedar dah setengah bulan dah ramadhan hadir. Rasa macam baru kemarin ja aku makan time siang. Memang sat ja rasa. Macam-macam jenih makanan dah aku try. Dari makanan negeri perlis sampai la makanan negeri johor.

Dalam masa 15 hari ni aku tak sempat lagi balik berpuasa dengan keluarga. Bukan tak mau balik tapi kos tinggi nak balik. Kurang-kurang RM100 pergi balik. pehhhh... Rugi....sabar ja lah.28hb ni aku balik ubtuk sambut raya. Sempat juga la aku berpuasa dengan keluarga. Yang specialnya tahun nie, raya,puasa dan merdeka dalam masa terdekat. So, senang larr sikit nak wish. Boleh wish 3benda dalam 1 mesej. Ok lah. Disini saya Mohd Adly, ingin mengucapkan selamat berpuasa, selamat hari raya dan Merdeka kepada semua yang berkenaan. Moga tahun ini adalah yang terbaik dari tahun sebelum ini..

Sunday, 14 August 2011

INDEPENDENT OF ME

Ini 1st time aku tinggal di asrama. Sebelum nie, aku memang seboleh-bolehnya tak nak tinggal di asrama. Sebab?? hmmm...banyak sebab... Sebab utama, tak bebas. Tapi bila dah kena masuk U,  diwajipkan la tinggal di asrama untuk 1st sem. Bila aku masuk sini, baru aku rasa yang hidup di asrama nie takda lah teruk sangat. Ada orang cakap, maybe kes asrama U so, takda lah mengongkong sangat. Benda pertama yang aku buat bila masuk tengok asrama mestilah pilih katil. Kalau tengok tilam katil aku time tuh...pehhh...memang macam taknak tido kowt. Tapi sekarang ni mestilah cantik.Tido pon nyenyak. Nak tengok?? ha..nie lar rupa katil aku sekarang. Ok larr,,...






Asrama yang aku duk nie, adalah untuk 6 orang satu bilik. Bilik pon besar gak lar. Loker,meja study dan kerusi disediakan. Boleh dikatakan selesa la. Tapi yang lecehnya, plug ada 3 ja..so, kena la beli extension (betul tak eja??). Gambar sebelah adalah gambar loker kedua aku. Loker aku simpan makanan. Loker ja ada, makanan sikit. Ada maggi dengan milo ja. Bujang nama pun.











Sekarang aku nak tunjuk tempat belajar aku.Meja study arr.. Tempat paling banyak masa aku dihabiskan. Study 40%. Online 60%. Study sikit, main yang banyak. Biasa arr... Awal memang macam nie. Assignment pun tak banyak lagi. Nanti tak taw la camna. Ok tak?? Macam meja pelajar cemerlang tak?? haha












Last sekali aku nak tunjuk, loker aku. Apa nak citer ek pasal loker aku nie?? hmmm.. Loker nie aku simpan baju seluar aku. Standard r kan..?? Tapi takpa lah, aku tunjuk gak lah.
kemas kan?? aku memang tak suka semak.
Ini lah saja yang aku boleh share dalam slot independent of me.........

KEBENARAN

     Kadang-kadang aku berfikir, kemanakah semua umat islam di dunia ini yang kononnya disebut agama yang paling ramai pengikut?? Bukan niat untuk merendahkan islam tetapi lihatlah sendiri. Aku sendiri kadang-kadang tidak dapat mengenal seseorang itu samaada dia islam atau sebaliknya. Jika dilihat dari segi rupa, memang kelihatan melayu islam. Tapi jika dari segi perbuatan, terasa bagai sangkaan tadi salah. Mengapa jadi begini?? Susah sangat ke hendak mengikut syariat islam?? Susah sangat ke untuk menutup aurat?? Apa kebaikan membuka aurat??Mengapa hendak minum arak?? Berbagai soalan timbul di dalam fikiran aku jika memikirkan hal ini...Hmmmm... Jika ada sesiapa yang bersuara seperti ini, pasti akan dipanggil sebagai orang yang kuno, kampung dan macam-macam lah. Tapi sedarkah mereka bahawa hal ini telah lama diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W. Baginda pernah berkata "umat islam nanti tidak ubah seperti buih". Apa maksud baginda?? Jika kita lihat buih, bilangannya memang sangat banyak tetapi amat senang untuk dipecahkan. Begitu jugalah yang terjadi dengan islam sekarang. Sebabnya ialah kebanyakannya islam hanya di ic..Jika dikira umat islam sekarang, jika setiap seorang meludah Israel maka banjirlah golongan itu. Ramainya umat islam.Budaya-budaya barat kini dijadikan sandaran kepada golongan remaja. Tidak salah untuk maju tetapi bukan dengan mengikut budaya barat dan melupakan suruhan islam. Mengapa perlu ikut budaya barat yang bercanggah dengan suruhan islam.? Jika hendak nampak maju, banyak lagi budaya mereka yang kta boleh ikut tanpa mengetepikan suruhan islam. Tak salah untuk ikut jika ia tidak bercanggah dengan suruhan islam. Tetapi seelok-eloknya ikutlah cara hidup Rasulullah S.A.W. Banyak sunnah baginda yang memberikan kebaikan kepada kita. Sedarlah umat islam, nanti akan datang hari yang dipanggil kiamat. Sediakah kita untuk hari itu? Bangun....bangun....bangun.....!!!