Kadang-kadang aku berfikir, kemanakah semua umat islam di dunia ini yang kononnya disebut agama yang paling ramai pengikut?? Bukan niat untuk merendahkan islam tetapi lihatlah sendiri. Aku sendiri kadang-kadang tidak dapat mengenal seseorang itu samaada dia islam atau sebaliknya. Jika dilihat dari segi rupa, memang kelihatan melayu islam. Tapi jika dari segi perbuatan, terasa bagai sangkaan tadi salah. Mengapa jadi begini?? Susah sangat ke hendak mengikut syariat islam?? Susah sangat ke untuk menutup aurat?? Apa kebaikan membuka aurat??Mengapa hendak minum arak?? Berbagai soalan timbul di dalam fikiran aku jika memikirkan hal ini...Hmmmm... Jika ada sesiapa yang bersuara seperti ini, pasti akan dipanggil sebagai orang yang kuno, kampung dan macam-macam lah. Tapi sedarkah mereka bahawa hal ini telah lama diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W. Baginda pernah berkata "umat islam nanti tidak ubah seperti buih". Apa maksud baginda?? Jika kita lihat buih, bilangannya memang sangat banyak tetapi amat senang untuk dipecahkan. Begitu jugalah yang terjadi dengan islam sekarang. Sebabnya ialah kebanyakannya islam hanya di ic..Jika dikira umat islam sekarang, jika setiap seorang meludah Israel maka banjirlah golongan itu. Ramainya umat islam.Budaya-budaya barat kini dijadikan sandaran kepada golongan remaja. Tidak salah untuk maju tetapi bukan dengan mengikut budaya barat dan melupakan suruhan islam. Mengapa perlu ikut budaya barat yang bercanggah dengan suruhan islam.? Jika hendak nampak maju, banyak lagi budaya mereka yang kta boleh ikut tanpa mengetepikan suruhan islam. Tak salah untuk ikut jika ia tidak bercanggah dengan suruhan islam. Tetapi seelok-eloknya ikutlah cara hidup Rasulullah S.A.W. Banyak sunnah baginda yang memberikan kebaikan kepada kita. Sedarlah umat islam, nanti akan datang hari yang dipanggil kiamat. Sediakah kita untuk hari itu? Bangun....bangun....bangun.....!!!
No comments:
Post a Comment