BAB 1
Jam telah menunjukkan pukul 7 pagi. Kelihatan sekujur tubuh masih berselimut seakan-akan tidak sedar dengan kehadiran sang mentari. Cahaya sang suria itu kelihatan tembus dari celahan jendela menandakan subuh akan beransur pergi. Kehangantan sang mentari yang menjadi sumber haba hidupan di muka bumi juga semakin terasa Kedengaran lagu Cinta Kristal dendangan Rahim Maarof bergema di setiap ruang bilik tersebut. Tiba-tiba "Rafael...bangun..!!subuh da nak habis da..". Suara wanita berusia 50an tadi seakan-akan mengalahkan bunyi dendangan lagu Rahim Maarof tadi. Rafael terus melihat jam di telefon bimbitnya dengan mata yang masih meminta untuk ditutup. Bulat matanya apabila mendapati jam telah menunjukkan pukul 7:15 pagi. "Masyaallah..!!" jeritnya. Dia terus ke bilik air untuk berwuduk dan hanya memberus giginya saja. Dia tidak mahu tertinggal rukun islamnya yang kedua. Selesai solat subuh,dia menadah tangan berdoa kepada Sang Pencipta alam. Rafael sememangnya remaja yang kuat agamanya. Dengan sebab itu dia tidak mudah terpengaruh dengan sikap-sikap buruk yang sedang membelengu anak remaja sekarang. Walaupun bapanya berketurunan Portugal,baginya bukan alasan untuk hidup dengan tidak mengikut syariat islam apabila adanya dua kalimah syahadah dalam diri setiap insan.
Selesai daripada berdoa dia terus mencapai Al-Quran untuk dijadikan makanan rohaninya. Dia sedar bahawa,setiap manusia yang hidup tetapi rohaninya tidak mempunyai makanan, sama saja seperti kehidupan yang sia-sia. Oleh itu,dia amat menitikberatkan tentang pemakanan rohaninya. Setidak-tidaknya, sehari dia akan membaca sehelai dari Al-Quran. Selesai mengabdikan diri kepada Allah,dia turun ke bawah untuk bersarapan. Kelihatan ibunya, Datin Asma sedang sibuk menguruskan sarapan. Walaupun mereka kaya,Datin Asma tidak pernah menggunakan khidmat orang gaji kerana baginya rumah adalah tanggungjawab sendiri untuk diuruskan. Sudah acap kali suaminya, Datuk Mustafa menawarkan perkhidmatan orang gaji kepadanya namun tetap jawapan yang sama yang diberi. Rafael amat menganggumi ibunya. Walaupun sudah bergelar datin, ibunya sungguh tidak senang apabila dipanggil dengan gelaran itu. Bagi Datin Asma, namanya cuma ada dua iaitu Asma binti Haji Kazim sewaktu di dunia dan Asma binti Fatimah di akhirat dan selamanya. Semasa bersarapan Rafael bersuara dengan nada lembut " kenapa lambat sangat umi kejutkan fael??" . Sambil mengerutkan dahi Datin Asma menjawap " itu tanggungjawab fael dengan Tuhan so, fael harus bertanggungjawab sepenuhnya...sampai bila umi boleh kejutkan kamu??" perli Datin Asma kepada anaknya sambil tersenyum. Rafael diam sebentar dan mengangguk tanda setuju. Selesai bersarapan, Rafael terus mencapai telefon bimbitnya yang dimatikan semasa dia sedang solat subuh tadi untuk dilihat samaada ada apa-apa mesej atau misscall. Terbeliak biji matanya apabila membaca salah satu mesej dari teman baiknya, Syazwan.
Ngauman Honda CBR1000RR telah menarik tumpuan semua tetamu yang hadir. Rafael menanggalkan helmet fullfacenya. Matanya liar mencari rakannya. "El....sini..". Matanya terus mengikut ke arah suara itu. Kelihatan disitu, Syazwan dan beberapa lagi temannya sedang berdiri sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Suasana di situ sungguh sayu. Kebanyakkan tetamu yang hadir,memakai pakaian putih dan bersongkok bagi yang lelaki dan bertudung bagi yang wanita. " Korang semua da masuk ke..??" perlahan suara Rafael bertanya. Semuanya mengangguk. Dengan langkah yang perlahan dan tertib,Rafael melangkah masuk ke dalam rumah itu. Kelihatan sekujur tubuh berselimut putih terbaring di ruang tamu. Rafael tidak dapat menahan sebak dan akhirnya airmatanya mengalir. Dia tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat yang terbaring itu adalah gurunya, encik Suhaimi yang sangat mengambil berat tentangnya. Dia duduk di samping mayat gurunya. Dilihatnya raut wajah gurunya itu tenang seakan-akan sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Satu demi satu kenangannya bersama gurunya bermain di ruang ingatannya dan titik demi titk airmatanya mengalir. Macam-macam masalah yang dikongsi dengan gurunya itu. Walaupun dia tidak memberitahu tentang masalahnya kepada gurunya namun gurunya tetap boleh mengagak melalui cara Rafael yang tidak seperti biasa. Ini menunjukkan keakraban mereka. Rafael mengeringkan airmatanya lalu menadah tangan berdoa kepada Allah memohon agar roh gurunya ditempatkan bersama orang yang mulia. Terbayang di fikirannya akan senyuman gurunya itu dan serentak dengan bayangan itu, dia turut tersenyum.
Setelah selesai bacaan talkin, Rafael masih berada di sisi pusara gurunya itu bersama Syazwan dan beberapa anggota keluarga gurunya itu. " El.." Syazwan bersuara." jom la balik.tak baik kita duduk sini lama-lama". Rafael memalingkan muka ke arah rakannya itu sambil tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Dalam langkahnya menuju ke motosikalnya, dia sempat menjeling ke arah gadis yang masih duduk di pusara gurunya. Dia bertanya kepada hatinya " siapa gadis itu??apa hubungannya dengan cikgu aku??" sambil mengerutkan dahinya. Dia tidak sedar tingkahlakunya itu diperhati oleh rakannya. Syazwan menepuk bahu rakannya itu dan berkata " tu anak cikgu.Adawiyah. Dia study di Sekolah agama kedah dulu.".Sambil senyum Rafael menjawap " ek elleh kau nie..aku tak tanya pun kan?? sibuk ar kau..haha". Syazwan sekadar mencebikkan mulutnya. Dalam perjalanan pulang, wajah gadis itu terus terbayang di fikirannya. "Adawiyah" bisik hatinya sambil bibirnya mengukir senyuman. Dia terus memecut laju Honda CBRnya meninggalkan kesedihan dan kesuraman sebentar tadi.
Dia terus membeliakkan matanya kepada anak-anak remaja yang menggangunya dan temannya. Dia memang tidak suka cara remaja-remaja lelaki yang macam itu. Dia merasakan terhina apabila dilakukan begitu. Baginya biarlah gentlemen sikit kalau nak tackle pun. Ini tidak. Dia teringin sangat ada seorang jejaka yang akan melamarnya dengan cara yang baik dan sopan. Setidak-tidaknya terasa juga ketinggian maruah seorang wanita. Namun sampai sekarang,tiada yang begitu. Dia kadang-kadang terfikir " masih adakah lelaki di dalam dunia ini ataupun cuma tinggal jantan?!". Setiap kali dia memikirkan perkara itu,dia menjadi marah dan kecewa. Lamunannya terhenti setelah terdengar namanya dipanggil dan dia terus menjawap "saya..saya..". Dia tersenyum sambil berbisik dalam hati "galak sangat ar aku nie sampai boleh fikir hal-hal macam tu plak..." sambil tersenyum sinis. " Assalamualaikum, hai senyum sorang-sorang ni ada apa?". Adawiyah terkejut dengan teguran itu lalu berpaling ke kanan. Dia mengamati betul-betul wajah lelaki itu untuk memastikan adakah dia kenal lelaki itu. "jangan tengok macam tu, nak makan saya ke?haha" lelaki itu bersuara lagi setelah salamnya tadi tidak berbalas. "hmmm...waalaikumsalam..maybe saya lupa tapi kita kenal ke?" Adawiyah cuba memastikan. Geram juga hatinya apabila orang yang tak dikenali tiba-tiba saja buat lawak bodoh dengannya. Lelaki itu menggelengkan kepala tanda tidak kenal. "tapi tak salah kita memberi salam kepada orang yang tak dikenali. tanda-tanda dunia akhir zaman adalah orang islam hanya memberi salam kepada kepada orang yang dikenalinya saja.". "tapi kalau salam yang diberi kepada orang yang bukan muhrim, makruh untuk menjawapnya" balas Adawiyah.
Rafael senyum dan mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu. "sebenarnya saya kenal awak. Adawiyah.". Bulat mata gadis itu apabila diberitahu begitu. Dalam hatinya berbisik " aik...macam mana dia tawu nama aku..?". Rafael memberanikan diri bertanya untuk berkawan. "maaf, saya tak kenal awak" jawap Adawiyah dan terus pergi meninggalkan Rafael dalam kebingungan. Namun Rafael masih tersenyum dan berkata " jumpa lagi.insyaalah. assalamualaikum..". Kata-kata itu telah membuatkan hati Adawiyah menjadi serba salah. Dia berhenti berjalan dan berpaling " waalai..." kata-katanya hanya sampai disitu setelah melihat lelaki itu telah pergi dari situ. Walaupun begitu Adawiyah amat gembira kerana persoalan yang selalu bermain di fikiranya telah terjawap " ya..masih ada lelaki dalam dunia ini". Namun dia sedikit menyesal kerana tidak sempat berkenalan dengan lelaki itu kerana egonya sendiri. Dia dapat mengagak bahawa lelaki tadi adalah seorang yang kuat agama dan berilmu melalui percakapannya.
Laungan azan sudah bergema. Seruan ilahi memanggil diri. Allahhuakbar takbir tertinggi. Alhamdulillah pujian abadi. Rafael terus menyarungkan baju melayunya dan dipadankan dengan songkok hadiah daripada gurunya. Sesekali dia melihat songkok itu, wajah gurunya muncul dengan senyuman dan serentak dengan itu wajah Adawiyah muncul. Dia terus beristighfar dan hatinya berkata " apa aku ni,nak menghadap Allah pun boleh terbayang benda-benda macam tu lagi...syaitan..!!". Setelah membaca surah An-Nas sebagai pendinding dari gangguan syaitan, dia terus memulakan niat dan bersembahyang. Selesai solat seperti biasa dia akan menadah tangan memohon doa kepada Allah dan terus membaca Al-Quran. Belum sempat dia menghabiskan baris terakhir muka surat yang dibacanya "prang.........!!!!!!". Kedengaran seperti kaca pecah di tingkat bawah dan serentak dengan itu terdengar suara ibunya menjerit. Dia bergegas turun untuk melihat apa yang berlaku. "Masyaallah umie..!! cam na bley jadi cm nie..?" terkejut Rafael apabila melihat Datin Asma terduduk tepi almari pinggan dengan tangan yang berlumuran darah. " umi nak bancuh air.. lupa yang umi mop lantai tadi. tergelincir arr.." jawap Datin Asma. "yang darah-darah nie apsal lak nie..?? jom gi hospital" risau Rafael. "da nak terjatuh tadi umi tertarik pinggan kat atas tu" jawap Datin Asma sambil memuncungkan mulutnya ke arah rak pinggan di atas. "pas tu umi pon tak tawu cam na serpihan-serpihan pinggan tu boleh kena tangan umi. Tak payah gi hospital lah..sikit ja neh.. balut denganbandage ok r ni.." tambah Datin Asma. "takda-takda, kita g hospital gak" Rafael berkeras. Datin Asma tersenyum melihat telatah anaknya yang sangat risau tentang keadaannya. Memang dia mengaku, semenjak suaminya meninggal dunia Rafael lah yang banyak menjaganya.
Rafael terus memecut laju Jaguar XJ yang dulunya milik arwah bapanya, Datuk Mustafa. Kereta itu amat disayangi oleh arwah sehinggakan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir dia mewasiatkan supaya walauapapun yang terjadi, jangan dijual kereta itu. Wasiat itu masih terlaksana sehingga kini. Rafael memperlahankan pemanduannya sewaktu memasuki perkarangan hospital. Rafael terus memapah Datin Asma keluar dari kereta dan terus menuju ke ruang kecemasan. "Fael..ni ruang kecemasan..umi cuma luka je la.." tegur Datin Asma. "umi,kalau da berdarah sampai banyak macam ini, tak panggil luka da taw..teruk ni.." tegas Rafael. Lebih kurang seminit selepas membuat pendaftaran, nama Datin Asma dipanggil. Rafael diminta tunggu di luar sahaja. Dia akur. Rafael menuju ke kafe berhampiran untuk membeli minuman. Dia memerhati dari luar pintu kaca peti sejuk di kafe itu yang terletak bersebelahan dengan kauter bayaran. Selepas memilih, dia terus membuka peti sejuk itu dan "pang...!!". Pintu peti sejuk itu terkena seorang gadis yang berada disitu yang sedang membuat bayaran di kaunter. Rafael terus membatalkan niatnya untuk mengambil minuman sebentar tadi dan terus meminta maaf kepada gadis itu. "takpa-takpa..." gadis itu menjawap dan terus memalingkan muka ke arah Rafael. Alangkah terkejutnya Rafael apabila mendapati gadis itu adalah Adawiyah. Masing-masing kaku dan diam seribu bahasa. Rafael cubauntuk mengatakan sesuatu "emmm... aaa..aa..awak buat apa kat sini..??". "saya melawat emak kawan saya tadi. Datang sini nak minum jap.dahaga.." jawap Adawiyah tenang. "awak buat apa pula kat sini?" sambung Adawiyah. "Saya hantar umi saya..tangan dia luka terkena kaca..banyak darah keluar.sebab tu antar hospital terus...risau saya tengok." jawap Rafael pula. Mereka terdiam kembali. "maafkan saya pasal hari tu..mungkin saya biadap sikit dengn awak" Adawiyah memulakan perbualan. Rafael sekadar senyum. Adawiyah memberanikan diri lagi untuk bertanya ", nama awak apa ek?". "owh...ya...nama saya Muhammad Ra..." kata-kata Rafael termati disitu apabila telefonnya berbunyi. Di skrin telefonnya tertulis "umi calling". Dia terus menjawap panggilan itu. Datin Asma meminta dia ke ruang kecemasan untuk berjumpa doktor yang merawatnya atas permintaan doktor itu. "saya terpaksa pergi sekarang.Assalamualikum..". Rafael terus pergi meninggalkan Adawiyah yang masih menanti jawapan penuh darinya. Adawiyah hanya sekadar memerhati langkah Rafael dari situ. Tiba-tiba Rafael berhenti dan berpaling ke arahnya. Adawiyah terpinga. Rafael menuju ke arah Adawiyah dan berkata "Muhammad Rafael.." lalu terus pergi. Adawiyah tersenyum.
No comments:
Post a Comment